fbpx
Now Reading
Polis Indonesia Keliru Mahu Tempatkan Lucinta Luna Dalam Lokap Lelaki atau Wanita

Polis Indonesia Keliru Mahu Tempatkan Lucinta Luna Dalam Lokap Lelaki atau Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keliru dengan perubahan fizikal pada luaran, polis Indonesia bingung untuk menempatkan penyanyi transgender, Lucinta Luna atau nama asalnya Muhammad Fatah berumur 30 tahun itu, di lokap lelaki atau wanita,

Lucinta Luna ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Dia kini dalam proses tindakan perundangan selanjutnya.

“Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan),” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Menurut media tempatan, Lucinta ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.