fbpx
Now Reading
Baru Dibuka Pada Umum, Saloma Link Sudah Kotor

Baru Dibuka Pada Umum, Saloma Link Sudah Kotor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia masih teruja dengan pembukaan Saloma Link pada 6 Februari lalu setelah hampir 18 bulan dibina.

Dengan kemudahan Saloma Link ini, ada boleh berjalan kaki daripada Kampung Baru ke KLCC hanya 10 minit sahaja. Tak perlu menggunakan kereta atau pengangkutan awam di bandar.

Mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi, Saloma Link telah mencuri tumpuan ramai untuk mengambil gambar. Lampu yang berwarna warni yang dinyalakan juga mencuri tumpuan orang ramai.

Namun, tidak sampai dua minggu ia dibuka, sudah ada beberapa isu yang tidak elok mengenai jambatan berkenaan.

Paling yang menjadi pendebatan netizen ketika ini pastinya isu kebersihan.

Menerusi satu posting di Twitter oleh Cyberjaya Info, laman berkenaan memuat naik gambar beberapa bahagian Saloma link yang telah kotor.

Sebahagian daripadanya berpunca daripada air minuman yang tumpah.

Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mereka menyarankan supaya orang ramai yang datang ke Saloma Link tidak membawa sebarang makanan dan minuman.

Ini kerana jumlah kepadatan orang di situ berkemungkinan boleh menyebkan makanan atau minuman tertumpah, sekali gus menjadikan Saloma Link bertambah kotor.

Untuk rekod, jambatan ini telah menelan kos RM31 juta yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.