fbpx
Now Reading
“Biarlah teman nak rasa bahagia…” – Respon Elly Mazlein Makcik Bawang Kecam Suami Cium Tengkuk

“Biarlah teman nak rasa bahagia…” – Respon Elly Mazlein Makcik Bawang Kecam Suami Cium Tengkuk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8bfsRJHxxH/

Menjadi lumrah jika pasangan yang baru mendirikan rumah tangga berkelakuan ‘sweet’ ketika di rumah. Sama ada dilihatkan pada tontonan umum atau tidak. Mungkin kerana aksi sweet suami kepada pengacara dan pelakon Elly Mazlein tidak senang di mata sesetengah netizen.

Suaminya Mohamad Azlan mencium tengkuk ketika beliau sedang memasak disifatkan keterlaluan. Perbuatan tersebut dirakam di dalam video yang dimuat naik oleh Elly Mazlein dalam Youtube Channelnya, Dunia Elly Mazlein.

Netizen beranggapan aksinya berlebih-lebihan dan mengada-ngada. Tidak kurang juga ada yang mengatakan biasalah di awal perkahwinan semuanya nampak indah belaka.

Tidak lama selepas itu, bagi memabalas kecaman netizen, Elly memuat naik satu video membalas semula kutukan dan sindiran dalam loghat Perak dan Kelantan yang ternyata menghiburkan para peminatnya.

“Hey kamu, Maznah Tinah, saya perhati saja kamu. Nak marah pun ada. Tapi malas nak marah. Kita orang Perak tak suka gaduh. Pula sekarang, kita sudah campur Kelantan. ‘Ambo ore Kelate’ juga sekarang ni…

“Kamu, jangan sakit hati. Biarlah suami teman nak cium belakang tengkuk. Sudah lama teman tak merasa. Biarlah teman bahagia. Gedik pun seronok juga kadang-kadang wahai kamu,” kongsinya.

Elly berkata, kata-kata cercaan seorang wanita di media sosial mengenainya tidak memberi kesan padanya. Dalam pada itu, Elly turut berpesan berfikirlah terlebih dahulu sebelum memberikan komen di media sosial.

“Tak apalah, teman tak rasa apa-apapun. Teman tak kisah. Tetapi, kalau nak tulis atau menaip, fikirlah dulu. Kamu, janganlah buat perangai. Biarlah teman nak buat apa sekalipun, usah sakit hati. Apapun kamu, teman tak marah. Teman suka,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.