fbpx
Now Reading
Cuci Guna Air Selepas ‘Membuang’ Lebih Bersih Dari Tisu Tandas – Pakar Perubatan

Cuci Guna Air Selepas ‘Membuang’ Lebih Bersih Dari Tisu Tandas – Pakar Perubatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila ditanya pada orang Asia apakah perkara yang paling tidak digemari sekiranya mengembara ke negara Barat, pasti ramai akan memberikan jawapan sama. Tandas!

Ya, Tandas! Boleh dikatakan kebanyakan tandas di sana tidak menyediakan paip air untuk mencuci sebaliknya hanya tisu tandas.

Ini kerana kebanyakan orang Barat terutamanya orang Amerika lebih selesa menggunakan tisu tandas berbanding penggunaan air selepas ‘membuang’, malahan ianya telah dipraktikkan berkurun lamanya; sedikit kontra dengan penduduk Asia yang lebih selesa menggunakan air dalam proses mencuci.

Foto: InterestingEngineering

Namun nampaknya ia bakal berubah tidak lama lagi.

Seorang pakar perubatan dari Amerika Syarikat baru-baru ini mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan tisu tandas tidak begitu berkesan kerana ia hanya menanggalkan sedikit sahaja kotoran najis; suatu perkara yang telah lama kita semua ketahui.

Dr Eval Goldstein, pakar bedah rektum, dari kota New York mendedahkan pencucian menggunakan air adalah kaedah paling ideal dalam membersihkan tubuh badan selepas selesai rutin di bilik air

Namun tidak mudah untuk mengubah persepsi mereka apatalah kaedah membersih mengguna tisu tandas sudah diamalkan berkurun lamanya, malah Amerika Syarikat antara beberapa negara yang belum menaik taraf kaedah sanitasi di tandas mereka.

Selain dari faktor kebersihan, menyental secara agresif menggunakan tisu juga boleh menyebabkan bahagian punggung anda terluka, dan ini mungkin boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing.

Malah teori Dr Goldstein diperkuatkan dengan beberapa kajian terdahulu dimana satu kajian yang dilakukan pada 2009 mendapati pesakit buasir lebih selesa dan lebih berpuas hati dalam menggunakan semburan air berbanding penggunaan tisu.

Guna air bukan sahaja menjimatkan wang malah mesra alam sekitar

Foto : naturallivingideas

Bayangkan anda memang bergantung kepada tisu tandas untuk mencuci, berapa banyak yang anda perlukan setiap hari? bagaimana pula dengan kos nya sebulan? Kajian mendapati seorang rakyat Amerika menghabiskan 3 gulung tisu tandas dalam seminggu manaka seluruh Amerika Syarikat pula menghabiskan 36.5 bilion gulung tisu setahun! Banyak kan??

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.