fbpx
Now Reading
Selepas Koronavirus, Kini Satu Lagi Virus Misteri Muncul Di Brazil

Selepas Koronavirus, Kini Satu Lagi Virus Misteri Muncul Di Brazil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan wabak koronavirus yang sudah mengorbankan lebih dari seribu nyawa, saintis menemui satu lagi virus pelik di sebuah tasik di Brazil yang tidak diketahui asal usulnya.

Virus tersebut yang diberi nama Yaravirus, sempena nama ikan duyung dengan kuasa ghaib yang memikat tentera untuk tinggal bersamanya di dasar laut, mencetus tanda tanya para saintis.

Ini kerana 90% dari gen Yaravirus ini belum pernah dilihat, menjadikan ia satu penemuan yang ‘misteri’ dan begitu.

Saintis mula mendokumentasi Yaravirus ini selepas menemuinya secara tidak sengaja di Tasik Pampulha, sebuah tasik buatan di bandar Belo Horizonte.

Memetik dari Sinar Harian yang memetik Agensi ,pencarian dan kajian yang dilakukan terhadap lebih 8,500 bahan genetik dari seluruh dunia dalam pangkalan data saintifik gagal memberikan sebarang petunjuk atau mempunyai hubung kait dengan Yaravirus.

Yaravirus (Tompokan hitam) yang menjangkiti Amoeba

Malah urutan genom virus itu mendapati hanya enam daripada 74 gen pernah direkodkan sebelum ini manakala 68 lagi tidak pernah dilihat.

“Ia memperluaskan lagi pengetahuan kami tentang kepelbagaian DNA virus,” kata pasukan pasukan yang diketuai penyelidik Federal University of Minas Gerais di Brazil.

Buat masa ini Yaravirus yang diambil daripada makhluk bersel tunggal bergelar amoeba yang hidup dalam persekitaran lembap tidak merbahaya kepada manusia kerana ia hanya boleh tersebat dan disebarkan antara amoeba.

Sebagai rekod, dua anggota kanan pasukan itu, Bernard La Scola dari Aix-Marseille University di Perancis dan Jonatas S Abrahao dari Federal University of Minas Gerais turut menemui novel virus di dalam air digelar Tupanvirus yang dijumpai di dalam sebuah tasik juga di Brazil pada dua tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.