fbpx
Now Reading
Asteroid Gergasi Hampiri Bumi Esok? Ini Jawapan Dari Nasa

Asteroid Gergasi Hampiri Bumi Esok? Ini Jawapan Dari Nasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan wabak koronavirus(COVID-19) yang telah mengorbankan lebih seribu nyawa dengan majoritinya di China, ada laporan bahawa akan berlaku kejadian lebih dahsyat yang mungkin menyebabkan kemusnahan dalam skala besar pada Sabtu, esok pagi.

Memetik Awani yang memetik Herald, Bumi dipercayai akan berselisih dengan sebuah asteroid gergasi di sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia esok.

Lebih mengerikan apabila saiz asteroid tersebut didakwa lebih besar daripada bangunan tertinggi di muka bumi ini iaitu Burj Khalifa.

Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan ‘asteroid pembunuh’ yang bakal berselisih dengan bumi itu, sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).

Asteroid gergasi itu dikatakan bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam manakala jarak terdekat nya dengan bumi adalah 15 kali jarak bumi dengan bulan, jadi NASA merumuskan ianya tidak berbahaya.

“Tiada bencana atau bahaya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada portal Herald.

“Kami telah melakukan pemantauan pada asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.

Dengan ukuran diameter 990 meter, pelanggaran dengan asteroid itu pastinya akan mengakibatkan bencana besar dan seterusnya kepupusan pada penduduk bumi.

Namun pengesahan dari NASA yang asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi sedikit sebanyak melegakan hati semua orang.

Menurut Chodas, dalam 100 tahun terdekat ini tiada asteroid yang dijangka akan menghentam bumi namun ‘pertembungan’ asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku sembila tahun lagi iaitu pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas, dengan struktur sepanjang 300 meter menghampiri bumi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.