fbpx
Now Reading
Sajat Solat di Ruang Wanita Tapi Salam Berlapik Ketika Menunaikan Umrah

Sajat Solat di Ruang Wanita Tapi Salam Berlapik Ketika Menunaikan Umrah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial hangat apabila Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memuat naik gambar dia menunaikan umrah.

Namun perkara yang menjadi isu adalah beliau memuat naik gambar memakai telekung di Tanah Suci sedangkan identitinya masih menjadi teka-teki.

Meskipun agak mustahil untuk kita dengar pengakuan rasmi daripada tuan empunya badan, alasannya dia tidak mendapat kerjasama daripada pihak JAKIM untuk menentukan jantinanya kerana tiada surat sokongan untuk melakukan pemeriksaan di hospital.

Terbaru, menerusi satu temu bual di Harian Metro, Sajat menjawab segala persoalan berkaitan kontroversi dia berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah dan tidak melakukan ibadah tersebut mengikut fitrah asal.

Meskipun tidak mengakui dirinya sebagai seorang lelaki, Sajat berkata dia mengelak daripada menyentuh wanita selain daripada ibu dan ahli keluarganya sahaja. Salam berlapik menggunakan tudung.

Saya bersama dengan mak saya dan anak-anak saya, kalau ada wanita nak bersalam pun saya berlapik guna tudung.

Sajat mengakui dia melakukan ibadah, solat di kawasan jemaah wanita, tidak merasakan kehadirannya itu mengganggu jemaah lain.

Memang saya solat di saf wanita, saya buat ibadah dan tidak mengganggu jemaah lain. Saya tahu batas-batasnya.

Berikut antara komen-komene netizen mengenai pengakuannya.

sajat saf wanita
sajat solat saf wanita
sajat umrah

Namun, apa sahaja penjelasan Sajat untuk mempertahankan dirinya tidak dipercayai oleh netizen. Rata-ratanya mempersoalkan, jika benar dia seorang wanita seperti yang sering dikatakan, mengapa pula Sajat harus bersalam dengan jemaah wanita lain berlapik? Ini bermakna, identitinya memang seorang lelaki.

Sumber Berita : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.