fbpx
Now Reading
Teka Teki Terjawab, Lucinta Luna Diakui Perempuan

Teka Teki Terjawab, Lucinta Luna Diakui Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini polis Indonesia bingung untuk menempatkan selebriti Indonesia Lucinta Luna di lokap lelaki atau perempuan ketika ditahan kerana kes dadah Selasa lalu, kini jawapannya sudah terjawab.

BACA : Polis-indonesia-keliru-mahu-tempatkan-lucinta-luna-dalam-lokap-lelaki-atau-wanita

Polis mendedahkan jantina selebriti Lucinta Luna ialah perempuan.

Ia berdasarkan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang membenarkan permohonan penukaran jantina penari dan penyanyi itu, tahun lalu.

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus mengesahkan perkara itu di Balai Polis Metro Jakarta Barat, hari ini.

“Lucinta Luna sudah diakui sebagai seorang perempuan sejak Disember 2019,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan Lucinta Luna ditahan selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Individu dengan nama sebenarnya Muhammad Fatah itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri.

Polis menemukan beberapa pil ekstasi di apartmennya.

Bagaimanapun, penahanan Lucinta Luna membuatkan polis bingung untuk menempatkannya di lokap lelaki atau wanita berikutan keraguan status jantinanya.

Turut ditahan, ‘teman lelakinya’ yang kemudian disahkan polis sebenarnya adalah perempuan.

Sebelum ini, dia pernah merakamkan lagu bersama jutawan kosmetik dari Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu ‘Bobo Di Mana’.

BACA : Pu-Syed-tegur-tentang-video-Bobo-di-mana-takutlah-kepada-Allah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.