fbpx
Now Reading
Pemandu Mabuk Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun dan Denda RM100,000 – Lim Guan Eng

Pemandu Mabuk Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun dan Denda RM100,000 – Lim Guan Eng

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan bercadang mengenakan denda penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM100,000 terhadap individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Kerajaan ketika ini sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu memandangkan hukuman bagi kesalahan itu ketika ini adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM 20,000 kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

“Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Dia yang ditemui media selepas turun melawat lima beradik yang baru kehilangan bapa mereka, Khairizul Mohamad Noor, 39, yang dilanggar pemandu yang dipercayai mabuk dalam satu kejadian Ahad lalu, di rumah mereka di Bagan Jermal, Butterworth.

“Jadi, kita harus mendapat kerjasama daripada orang ramai sungguh pun kadar sebenarnya sudah menurun tetapi kita harap kita dapat mengurangkan kadar itu. Kita tidak mahu lihat hampir 7,000 korban nyawa berlaku hampir setiap tahun akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Kenderaan yang merempuh pasangan suami isteri itu Foto : FB Penankini

Dia yang juga Ahli Parlimen Bagan melawat anak-ana mangsa bagi menyampaikan wang sumbangan sebanyak RM5,000 kepada mereka

“Sebelum ini, pihak kerajaan negeri, agensi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk pejabat Parlimen Bagan telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga ini dan saya ucapkan takziah kepada keluarga ini dan harap ibu kanak-kanak ini akan cepat sedar dan sembuh. Kita akan terus berikan bantuan dan perhatian kepada keluarga ini,” katanya.

Kenyataan nya itu dilihat selari dengan kenyatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong yang sebelum ini menyatakan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Kerajaan menyerahkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengubal akta berkenaan kerana ia di bawah kementeriannya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Terdahulu, motosikal yang ditunggang oleh ibu bapa kepada anak-anak ini dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, susur ke Perai di Bukit Mertajam di sekitar 5 pagi pada 9 Februari lalu.

Ayah mereka, Khairizul meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Zuriana Hasan, 36, yang cedera parah kini masih koma dalam rawatan di Hospital Seberang Jaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.