fbpx
Now Reading
Bilik Bersepah Bantu Tingkatkan Daya Imaginasi dan Kreativiti

Bilik Bersepah Bantu Tingkatkan Daya Imaginasi dan Kreativiti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesetangah orang perpendapat keadaan bilik kita mencerminkan personaliti seseorang. Sama ada dari segi kekemasan ataupun hiasan dalam bilik.

Sudah jelas jika bilik kita bersepah,kita akan dilabelkan sebagai pengotor dan tidak pembersih.

Namun menurut kajian dari sekumpulan penyelidik dari University of Minnesota menunjukkan, mereka yang mempunyai bilik bersepah adalah seorang yang kreatif.

Kajian ini disokong oleh pakar psikologi, Kathleen Vohs, yang dipetik dari Psychological Science, dimana mereka yang mempunyai bilik bersepah secara semulajadi membantu membina daya imaginasi dan kreativiti seseorang.

“Kami mendapati bahawa anda boleh mendapat hasil yang sangat berharga daripada berada dalam suasana yang tidak kemas.”, kata Vohs dalam satu temubual.

Hasil daripada kajian ini juga telah diterbitkan dalam jurnal Association for Psychological Science.

Sumber: Grazia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.