Buku Terbitan 1981 Karya Penulis US Ini ‘Ramalkan’ Penyebaran Koronavirus Pada Tahun 2020

Nampaknya angka korban koronavirus atau nama barunya Covid-19 semakin hari semakin meningkat, jika sebelum ini angka korban sudah melepasi angka korban SARS pada tahun 2002/2003 terbaru angka korban sudah meningkat kepada 1,700

Malah angka positif koronavirus di luar negara China juga melihatkan peningkatan mendadak ekoran banyak penumpang dan krew dari kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di perairan Jepun telah disahkan positif dengan jumlah mereka yang mencapai 355 orang.

Punca sebenar virus ini masih menjadi tanda tanya kerana banyak teori yang mengatakan ia berpunca dari sebuah pasar di Wuhan, China dan ada juga konspirasi teori yang mengatakan ia berpunca dari makmal bio keselamatan yang terletak berdekatan pasar berkenaan.

Namun satu yang pasti, 39 tahun sebelum peristiwa ini terjadi, sebuah buku fiksyen The Eyes of Darkness karya penulis dari Amerika Syarikat telah pun ‘meramalkan ‘ mala petaka ini akan terjadi

Sumber : Taiwan News

Novel karya Deen Koontz ini berkisar mengenai sejenis virus dicipta untuk diijadikan senjata biologi namun yang menjadi perhatian orang ramai adalah nama virus tersebut iaitu Wuhan-400 ; sama dengan nama bandar bermulanya virus Covid-19 ini.

Sumber : Taiwan News

Buku ini secara ringkasnya menceritakan perjalanan seorang ibu, Christina Evans yang terpaksa mengembara dalam usahanya untuk mencari anaknya yang hilang ketika sedang berkhemah.

Sumber : Taiwan News

Selepas sekian lama mencari, dia berjaya menemui anaknya itu yang ditahan dalam satu kem tentera dan sedang menghidap satu penyakit selepas dijangkiti virus berkenaan yang sebenarnya dicipta dari sebuah makmal penyelidikan yang terletak di bandar Wuhan, China.

Sumber : Dailymail

Difahamkan makmal penyelidakan didalam buku terbabit merujuk kepada Wuhan Institute of Virology, sebuah pusat kajian dengan keselamatan tahap empat yang terletak dalam lingkungan 32KM atau 20 batu dari lokasi pasar basah Huanan, tempat lokasi pertama Covid-19 ditemui.

Konspirasi teori yang disangkal sebelum ini turut mengaitkan pembabitan pusat kajian ini.

Suatu Kebetulan ?

Selain dari buku ini, terdapat sebuah lagi buku dari Amerika terbitan pada 1998 iaitu End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World ditulis oleh Sylvia Brown dan Lindsay Harrison yang turut meramalkan perkara yang seakan sama; pandemik!

Dalam penulisannya, Sylvia dan Linsay meramalkan pada tahun 2020 suatu penyakit seperti pneumonia akan merebak ke seluruh dunia.

Walaupun secara teorinya semua ini tidak logik namun kedua-dua buku ini kini menjadi topik hangat di kalangan netizen malah turut menarik perhatian ramai khasnya para penyelidik.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

20 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago