fbpx
Now Reading
“Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah” – Ebit Liew Sedih Pejabat Dipecah Masuk

“Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah” – Ebit Liew Sedih Pejabat Dipecah Masuk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ebitlew/posts/2746047618846837

kerugian kira-kira RM50,000, penceramah terkenal Ebit Liew meluhakan rasa sedih dan kecewa selepas pejabatnya di Bandar Baru Bangi, di sini dipecah masuk penjenayah.

Berita  itu disahkan beliau sendiri melalui akaun Facebook peribadinya pada pukul 2 petang Isnin.

Office saya kena pecah…sedihnya. Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kerugian itu meliputi komputer, kamera, telefon bimbit berserta sejumlah wang tunai dan dianggarkan beliau kerugian lebih RM 50,000.

Apa yang mengejutkan ialah apabila penjenayah ada meninggalkan tulisan.

“Ampun ya Pak, saya terpaksa,” tulis nota itu di atas meja menggunakan pen dakwat kekal.“Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah,” kata Ebit.

Melihat ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut merasakan kesedihan yang dialami beliau dan mendoakan agar pelaku segera ditangkap.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.