“Tiada Masalah Cerita Kebaikan Orang Mati” – PU Azman Perbetulkan Tanggapan Salah Sesetengah Masyarakat Isu Pemergian Abam

Berita pemergian pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey pada pagi Isnin, 10 Februari 2020 menggemparkan industri tanah air.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya akibat demam panas, satu pemergian yang meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga dan dua teman rapatnya juga ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey.

Namun kekerapan mereka berkongsi dan meluah perasaan di media sosial selepas kehilangan abam menyebabkan segelintir netizen beranggapan yang mereka seakan meratapi pemergian sahabat mereka.

Pendakwah bebas, PU Azman akhirnya tampil memperbetulkan tanggapan salah sesetengah netizen itu di Instagramya dengan menyatakan tiada kesalahan untuk berkongsi mengenai kebaikan orang mati asalkan paparan visualnya yang patuh syariah.

“Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi ‘Jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana’.

Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI.

“Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. 

“Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syar’iey sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang mengepost itu tidak redha. 
“Redha atau tak, tu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.

“Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. 

“Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak,” tulis PU Azman panjang lebar

Namun penceramah bebbas itu turut mengingatkan agar setiap orang berhati-hati dan sentiasa membimbing jiwa supaya tidak terkeluar dari batas reda.

“Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekalipun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya.

“Cuma pesanan pada kita-kita yang post ni(termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha,” tambahnya


Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

19 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

20 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

20 hours ago