fbpx
Now Reading
Jenazah Ashraf Sinclair Dikebumi Di San Diego Hills, Jakarta

Jenazah Ashraf Sinclair Dikebumi Di San Diego Hills, Jakarta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenazah pelakon Ashraf Sinclair, dilaporkan tiba di rumah pengebumian di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, jam 7.33 pagi waktu tempatan.

Memetik dari Awani yang memetik sumber, isteri arwah, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), dilihat keluar dari kenderaan jenazah dengan mata yang sembap.

Menurut sumber itu lagi, upacara pengebumian Ashraf dijadual berlangsung di San Diego Hills pada pukul 8:04 pagi waktu Indonesia (9:04 pagi waktu Malaysia).

Terdahulu, Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia pada Selasa pagi di jam sekitar 4 pagi.

Terdahulu, berita pemergian Ashraf yang lahir di London, England pada 18 September 1979 disahkan oleh pengurus BCL sendiri, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

Foto : IG

Ashraf BCL dan BCL,39 disatukan pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sepuluh tahun.

Kami di Buzzkimi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Foto : Kompas / IG AshrafSincalir

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.