Peminat Doakan Bunga Cinta Lestari dan Anak Tabah Hadapi Pemergian Suami
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemergian pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung semestinya memberi kesan kepada isteri dan anak nya.
Ia juga merupakan satu berita yang bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga serta industri hiburan Malaysia dan Indonesia, malah peminat juga turut bersedih di atas kehilangan aktor tersebut.
Sejak tengah hari tadi, video Bunga Citra Lestari yang menangis di sisi jenazah suaminya tular di media sosial. Menerusi video tersebut, BCL berpakaian serba putih dilihat tidak berhenti-henti menangis.
Dalam pada itu, BCL kini berada dalam keadaan sedih dan masih belum bersedia memberikan sebarang keterangan kepada pihak media.
Jenazah Ashraf tiba di rumah mayat di daerah Jakarta Selatan kira-kira jam 7.33 pagi. Bunga dilihat mengiringi jenazah suami yang dibawa daripada Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta.
Lebih menyentuh hati netizen, satu video lintas langsung yang menunjukkan Bunga dan anaknya Noah ketika pengebumian suaminya. Noah yang menangis ditenangkan oleh ibunya.
Rata-rata netizen turut seakan merasai kesedihan kehilangan orang yang tersayang secara tiba-tiba. Malah mereka turut mendoakan Bunga kuat menghadapi ujian ini.
Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair, 40 tahun dikebumikan di San Diego Hill, Kerawang selepas solat Asar.