fbpx
Now Reading
“Beliau tak mahu ‘single'” – Mahu Berdampingan Dengan Suami, Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad RM 75,000

“Beliau tak mahu ‘single'” – Mahu Berdampingan Dengan Suami, Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad RM 75,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kasih sayang dan cinta yang dibawa sampai mati. Itulah yang digambarkan kepada Bunga Citra Lestari (BCL) yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Pemergian aktor itu sangat memberi kesan yang besar kepada ramai orang terutama isterinya, aktres terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).

Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy, BCL bukan saja menempah liang lahad untuk arwah Ashraf malah untuk dirinya jua.

“Benar, BCL minta mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia,” katanya kepada detik.com.

Malah, pada awalnya pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahat yang lain namun ditolak oleh BCL.

“Beliau tak mahu ‘single’. Dia mahu berdampingan dengan suaminya.

“Pengurusnya, Doddy yang menghubungi saya dan menempah dengan harga RM75,000,” katanya lagi.

Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.

Sumber: Detik.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.