fbpx
Now Reading
“Kami Akan Kembali Menjual Selepas Berakhir Covid-19” – Peniaga Makanan Eksotik

“Kami Akan Kembali Menjual Selepas Berakhir Covid-19” – Peniaga Makanan Eksotik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Covid-19 yang disyaki berkait rapat dengan haiwan liar seperti kelawar telah menyebabkan kerajaan China mengharamkan penjualan daging jenis eksotik serta merta dan akan berterusan sehinggalah wabak berkenaan berakhir

Ini menyebabkan kebanyakan dari peniaga atau mereka yang terlibat dalam industri makanan eskotik mengeluh hampa kerana kehilangan sumber pendapatan.

Foto : Reuters

Ekoran dari larangan itu juga hampir 700 orang ditangkap oleh pihak berkuasa negara berkenaan kerana melanggar undang-undang sementara yang ditetapkan.

Namun dari sudut positifnya, laragan ini sedikit sebanyak membantu dalam mengekang virus berkenaan dari terus merebak sekiranya benar teori yang dikemukan saintis.

Foto : ABC News

Namun di sebalik keputusan kerajaan China menyekat penjualan daging eksotik itu, kebanyakan masyarat diperingkat global mengharapkan agar kerajaan China mengharamkan terus penjualan makanan berkenaan selama-lamanya, dalam usaha mengelak kejadian yang sama akan berulang di masa hadapan kelak.

Namun lain pula bagi peniaga mereka.

Memetik laporan Reuter, penjual haiwan eksotik di negara republik itu sudah bersedia untuk membuka semula kedai mereka, selepas tempoh larangan menjual tamat; dalam erti kata lainnya sehinga wabak itu pulih.

Ramai di antara mereka yang bertindak licik dengan membeku daging-daging berkenaan dengan harapan dapat menjual stok makanan tersebut di kemudian harinya.

“Saya akan menjualnya semula selepas keadaan reda.

“Orang suka membeli daging haiwan liar. Samaada pembelian itu untuk diri sendiri ataupun dijadikan hadiah kerana ianya sangat bernilai”, kata Gong Jian, seorang dari ribuan peniaga makanan eksotik.

Foto : ChinaDialogue

 Dia juga antara seorang dari ramai-ramai peniaga licik yang bertindak menyimpan beku stok daging eksotik seperti buaya dan rusa kedalam peti sejuk beku dengan hasrat menjualnya kembali kelak.

Malah seorang bekas ahli Zoologi di Akademi Sains China, Wang Song turut memberitahu kebanyakan mereka di China berpendapat haiwan dicipta untuk manusia(dimakan), bukan untuk berkongsi ruang di muka bumi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.