
“Sila kemukakan bukti” – Naim Daniel Jawab Dakwaan Dayana Lagu Sumpah Dicipta Bersama
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Naim, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, dia dan pihak pengurusan sentiasa terbuka jika terdapat bukti kukuh.
Ini berhubung kenyataan bekas kekasihnya, Dayana yang mendakwa lagu Sumpah adalah ciptaan mereka bersama.
“Kalau betul seperti didakwa, sila kemukakan bukti,” kata Naim Daniel.
Naim yang juga pemenang Juara Lagu menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) lalu akan memberikan kenyataan lengkap esok.
“Oleh kerana tuntutan itu secara tiba-tiba dan dipublisitikan sedemikian rupa untuk mendapat perhatian, saya dan pasukan akan memberikan maklum balas dengan segera. Insya-Allah esok. Kami sentiasa terbuka untuk menerima jika terdapat bukti kukuh,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Dayana atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah meminta Naim mendaftarkan lagu Sumpah sebagai hak milik bersama.
Dayana berkata, tindakan diambilnya untuk mengadakan sidang media juga tidak ada kena mengena dengan tuntutan wang.
Menerusi sidang media yang diadakan Dayana petang tadi, dia memberi tempoh seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu adalah karya ciptaan bersama mereka.