fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza Mohon Padam Video Lagunya Atau Tindakan Akan Diambil

Siti Nurhaliza Mohon Padam Video Lagunya Atau Tindakan Akan Diambil

Baru sahaja dilancarkan sejak tengah malam tadi, terdapat beberapa akaun individu sudah dimuat naik s ingle terbaharu penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 7 Nasihat di saluran Youtube.

Siti berkata, pihaknya bersama Universal Music akan memantau perkata itu sebelum tindakan lebih lanjut diambil.

“Walaupun lagu baharu saya bersama Kmy Kmo dan Luca baharu dilancarkan tengah malam tadi, tapi sudah banyak yang memuatnaik dan meletakkan di dalam youtube masing-masing.

“Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni. Pihak syarikat saya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Universal Music akan segera memantau perkara ini.

“Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video itu sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Siti juga menyeru kepada pengikut dan peminat di laman Instagram supaya dapat membantu membuat laporan akaun tidak bertanggungjawab itu.

Dalam perkembangan lain, 7 Nasihat yang sarat dengan eleman kemelayuan itu menduduki tangga pertama carta i-Tunes Malaysia.

Selain itu, 7 Nasihat juga menjadi trending topik di laman Twitter.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.