fbpx
Now Reading
Mufti Wilayah Persekutuan Titip Doa Buat Malaysia

Mufti Wilayah Persekutuan Titip Doa Buat Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.423598224446829/1704478419692130/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBw-4ZBP6bm4q9pazjHtauyUC9FgyXh_nwQ2iIaArJzLZGFC52kQaj55rhNh31t1BrIZ38HlDdxtxTKBsoew2ctp0WYxgHXgdk6YWJyeUzYJrSjIFSzx7hbgu_5zwqDdWq2EwG_ule6wOrdm7iSt6PoCiEmZLCgbdSxMFBOxqgodsYlDOkGRjiD0kjBUbuH7s0g82uPV_ZH5ptWi0_cKD7bbg8cds2xwK5CYhgNdgMfNcdI3iH35360v9RQ1N2OBRhLwdXjE06_VFjENeviatMdtPeaMLrbUy7_nqBGl2qqFDaKt1cHUKt74EcuXC5D13s-f7OjUL4dpFxRP1KZtraR1Q&__tn__=-R

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, petang Ahad memuat naik status berunsur doa di Facebooknya yang dilihat ada kaitan dengan situasi kini yang berlaku di Malaysia.

Mufti Wilayah Persekutuan dalam titipan doanya turut mendoakan agar negara sentiasa aman juga kepimpinan yang sentiasa diberi taufik dan hidayah serta perasaan sabar.

“Bismillahirrahmanirrahim… Doaku semoga ALLAH SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufik, hidayah dan sabar.

“Ya ALLAH kurniakan kepada kami rasa cintakan negara kukuhkan perpaduan kami,” tulisnya.

Perkongsian itu,  menimbulkan persoalan dikalangan netizen dimana kebanyakan mereka merasakan ianya berkait rapat dengan indakan beberapa parti besar yang dilihat ‘sibuk’ mengadakan mesyuarat khas di dalam negara antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu untuk Malaysia.

Bersama status berkenaan Dr Zulkifli turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan nota yang ditulis tangan serta namanya.

Perkongsian itu setakat artikel ditulis telah menerima lebih 19,000 tanda suka dan 5,000 perkongsian.

“Amin… lain macam Datuk punya kenyataan (statement) petang ini, adakah kerajaan baharu untuk Malaysia?,” komen seorang pengguna FB, Amir Ya.

Ahmad Kamarudin pula menulis, status yang ditulis mufti seolah-olah ada sesuatu isu yang besar berlaku.

“Kalau mufti sudah memuat naik macam ini mesti ada sesuatu isu besar… semoga apa pun yang berlaku memberi manfaat kepada rakyat,” tulisnya ringkas

Azaluddin Mohd turut meninggalkan komen, “Dengan apa yang berlaku hari ini bersamalah mengaminkan doa Zulkifli.

“Sempena drama politik besar petang ini marilah kita mengaminkan doa mufti ini,” tulisnya di ruangan komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.