fbpx
Now Reading
Anwar Dan Pemimpin PH Bakal Temui Tun M di Mines?

Anwar Dan Pemimpin PH Bakal Temui Tun M di Mines?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B87wPrUpCJ3/

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan berjumpa Perdana Menteri Tun Mahathir sebelum ini dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya, bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada jam 10.25 pagi tadi.

Turut kelihatan meninggalkan bangunan adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan , Tuan Haji Mohamad Bin Sabu dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,

Memetik Metro, difahamkan semua menteri dijadualkan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negara yang sepatutnya dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad namun Awani melaporkan segala mesyuarat membabitkan Perdana Menteri pada hari ini telah pun di batalkan malah kelibat Tun juga tidak kelihatan di sana.

Terdahulu, Anwar, Wan Azizah tiba secara berasingan di Kompleks Perdana Putra pada 9.26 pagi dan 8.50 pagi tadi sebelum diikuti oleh Guan Eng pada 9.36 pagi.

Kesemua mereka difahamkan sedang dalam perjalanan ke rumah Perdana Menteri di Seri Kembangan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.