fbpx
Now Reading
Azmin dan Zuraida Dipecat Dari PKR Serta Merta

Azmin dan Zuraida Dipecat Dari PKR Serta Merta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa serta-merta, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, tindakan drastik itu diambil kerana kedua mereka telah melakukan tindakan yang dianggap satu pengkhianatan terbuka dan mampu menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan (PH).

“Akibat pengkhianatan terbuka yang dipimpin beberapa dalang utama, ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH.

“Jadi, ia membawa kesan kepada ekonomi dan politik seperti yang kita tengok hari ini, ringgit dan Bursa jatuh dan sebagainya.

“Oleh demikian, MPP atas keputusan secara konsensus, tak ada suara yang berbeza, telah ambil ketetapan, Azmin dan Zuraida dipecat dari keahlian serta merta,” katanya pada satu sidang media, di sini hari ini.

Dalam masa sama, kedua-dua individu berkenaan masih dibenarkan untuk membuat rayuan seperti biasa, namun keputusannya bergantung pada Lembaga Rayuan parti.

Dalam pada itu, memetik Awani kepimpinan PKR yang dilihat bersubahat atau turut serta bersama dengan Azmin dan Zuraida akan diminta memberi surat tunjuk menjelaskan sejauh mana penglibatan mereka dalam episod ‘pengkhianatan’ itu.

Tambah Saifuddin lagi berkata, MPP tidak membincangkan sama ada kedua-dua jawatan yang kosong itu perlu dipangku serta-merta.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.