Korea Selatan Catat Bacaan Kes Tertinggi Di Luar China, Amaran COVID-19 Ditahap ‘Merah’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Korea Selatan mencecah angka jangkitan 763 selepas 161 lagi kes COVID-19, dilaporkan hari ini.
Ia sekaligus menjadikannya jumlah paling besar di luar China.
Kes coronavirus meningkat dengan pantas di negara ini sejak kluster jangkitan dikesan di bandar Daegu, minggu lalu.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea, kebanyakan kes adalah berkait Shincheonji Church of Jesus di Daegu, termasuk 129 yang disahkan pada hari ini.
Tambahnya, dua lagi pesakit meninggal dunia di mana mereka berkait kluster kedua di sekitar sebuah hospital di Cheongdo, menjadikan korban coronavirus berjumlah tujuh mangsa, setakat ini.
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semalam menaikkan amaran COVID-19 kepada tahap tertinggi ‘merah’ dalam usaha memperkukuh tindak balas kerajaan terhadap wabak itu.
Kerajaan melanjutkan cuti sekolah dan tadika di seluruh negara selama seminggu, serta merancang untuk menguatkuasakan pemantauan dua minggu yang lebih ketat terhadap ketibaan dari China. – AFP