fbpx
Now Reading
“Pasaiapa adik di tengah?” – Gambar Chacha Maembong Dicium Abang Ipar Cetus Kecaman Netizen

“Pasaiapa adik di tengah?” – Gambar Chacha Maembong Dicium Abang Ipar Cetus Kecaman Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/syahbinar/status/1231057516932423680?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1231057516932423680&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gempak.com%2Fartikel%2F32673%2Ffirst-time-tengok-adik-ipar-kena-cium-dengan-pengantin-lelaki-gambar-chacha-maembong-atas-pelamin-cetus-kemarahan-netizen

Menjadi kebiasaan kepada keluarga untuk ambil gambar bersama pengantin di hari perkahwinan. Namun cara mengambil gambar hendaklah disertai dengan adab dan batas.

Gambar perkahwinan pelakon Emma Maembong bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar secara tiba-tiba menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Semuanya gara-gara satu posting yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter dikenali sebagai Syahbinar.

Posting berkenaan memaparkan gambar Emma yang sedang mencium pipi Chacha di atas pelamin.

Namun, apa yang membuatkan ramai tidak senang hati adalah tindakan Shazli yang turut sama mencium adik iparnya itu.

Anda boleh lihat gambar berkenaan di bawah.

Sementara itu menerusi pemantauan di Twitter, rata-rata netizen mengecam tindakan berkenaan.

Ada yang menganggap ia keterlaluan dan tidak kurang juga menyifatkan perlakuan tersebut seperti mempersendakan agama.

Antara komen dan kecaman netizen di bawah.

Untuk rekod, Emma sah bergelar isteri kepada Mohamad Shazli apabila pasangan tersebut bernikah pada jam 11.58, Khamis lalu.

Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli itu berlangsung di Dunia Melayu, Bukit Damansara dan dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.