fbpx
Now Reading
Sah! Tun Mahathir Letak Jawatan Sebagai PM, Bersatu Keluar Pakatan Harapan

Sah! Tun Mahathir Letak Jawatan Sebagai PM, Bersatu Keluar Pakatan Harapan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/112183975526837/posts/2807674562644418/?d=n

Nampaknya spekulasi yang sedang bertiup kencang di kalangan netizen mendakwa bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sehari selepas isu kemungkinan pertukaran komposisi dalam kerajaan hangat diperkatakan telah menjadi kenyataan,

Perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke -7 ini ini telah pun disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan media yang diserahkan kepada media

“Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.

Memetik Malaysiakini, pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Tun Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Terdahulu Bersatu telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Memetik kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassina, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang diadakan semalam.

Dr Mahathir yang juga adalah pengerusi Bersatu dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.