fbpx
Now Reading
Anak Pemandu Lori Sampah Terbaik STPM, Raih PNGK 4.00

Anak Pemandu Lori Sampah Terbaik STPM, Raih PNGK 4.00

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Kebangaaan ibu bapa” – itu sahaja ungakapan yang sesuai digunakan untuk Nuraini Jalaluddin  dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak apabila dianugerahkan Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 bagi kategori bawah 40 (B40).

Nuraini yang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A yang temui media berkata dia akan menjadikan pengiktirafan ini sebagai pemangkin semangat  untuk lebih berjaya di masa hadapan

“Tidak sangka usaha saya bersengkang mata untuk belajar akhirnya membuahkan hasil. Saya akan jadikan pengiktirafan ini sebagai pemangkin semangat untuk lebih cemerlang ketika melanjutkan pelajaran kelak,” katanya ketika ditemui dalam majlis pengumuman keputusan STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dilahirkan dalam keluarga sederhana, Nuraini optimis yang dia mampu mengubah nasibnya dengan melalui pendidikan. Tambahnya ayahnya, seorang yang sudah berkhidmat selama 33 tahun sebagai pemandu lori sampah di Majlis Daerah Pengkalan Hulu manakala ibunya seorang suri rumah pasti berbangga dengan kejayaan itu.

Nuraini (dua dari kanan) optimis yang dia mampu mengubah nasibnya dengan melalui pendidikan

“Dengan mempunyai pelajaran saja dapat mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Bapa sudah 33 tahun memandu lori sampah dan akan bersara bulan depan, saya mengharapkan dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini,” katanya optimis.

Manakala bagi STPM 2019 kategori Orang Asli, Aimi Mahad, 20, yang bercita-cta menjadi seorang guru dengan harapan untuk membangunkan anak Orang Asli supaya cemerlang dalam pelajaran.

“Diharap dengan kejayaan ini dapat dijadikan contoh buat kaum Semai yang lain untuk membaiki kehidupan keluarga,” katanya.

Dia yang juga kaum Semai dari Kuala Lipis, Pahang memperoleh PNGK 3.84 dan 5A.

Tahniah diatas kejayaan adik Nuraini Jalaluddin dan Aimi Mahad dari kami !

Sumber foto : HMetro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.