Berkampung di Hadapan Istana Negara, YDP Agong Belanja Media Makan Lagi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ekoran isu politik negara yang hangat dibicarakan dari semalam sehinggalah ke hari ini, ramai wartawan di Malaysia telah ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara
Semalam, tular di media massa apabila pihak Istana Negara telah membawa berpuluh-puluh kotak makanan segera KFC untuk para pengamal media menjamu selera.
Pada hari ini pula, Baginda yang turun mencemar duli menyampaikan sumbangan makanan di Pintu 2 Istana Negara sempat bertegur sapa dengan wakil media di sini.
Biar saya jalankan tanggungjawab. Saya harap kita dapat mencari penyelesaian terbaik untuk negara,” titah tingkas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda yang memandu sendiri kenderaannya turut akui cuaca hari ini panas.
Sebelum itu, pihak media dibawa masuk ke Istana Negara bagi mengikuti taklimat media berkenaan apa yang akan berlaku di Istana Negara sepanjang hari ini dan esok.
Kesemua Ahli Parlimen kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad dipanggil menghadap dengan 90 daripada mereka akan mula menghadap secara peribadi jam 2.30 petang, manakala selebihnya akan menghadap YDP Agong esok.