fbpx

Membahayakan Otak, Latihan Menanduk Kini Bukan Lagi Sebahagian Dari Asas Latihan Bola Sepak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang pemain bola sepak, selain dari kemahiran menggelecek dan menendang, apakah satu lagi skill wajib tahu atau kemahiran penting yang patut ada pada mereka?

Pastilah skill menanduk betul !?

Namun tahukah anda, beberapa persatuan Bola sepak di Eropah terutamanya di United Kingdom sudah pun membuat garis panduan baru dengan menggugurkan latihan menanduk dari asas permainan bola sepak.

 Memetik Awani dan BBC, Tiga Persatuan Bola Sepak di United Kingdom iaitu England (The Football Association/FA), Scotland (Scottish Football Association) dan Ireland Utara (Irish Football Association) mengharamkan sebarang latihan asas menanduk bola untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Manakala Persatuan Bola Sepak Wales kini sedang menyemak semula garis panduan pembelajaran menanduk bola dan hasilnya mungkin akan disiapkan pada hujung tahun ini.

Menerusi garis panduan baru itu juga, latihan tandukan hanya akan diperkenalkan secara berperingkat kepada kumpulan umur bawah 12 hingga bawah 16. Buat mereka yang berumur 16 dan 17 tahun, mereka hanya dibenar melakukan satu sesi latihan tandukan saja dalam seminggu.

Dalam masa sama, akan ada peraturan baru mengenai kesesuaian saiz bola yang berbeza untuk latihan dan perlawanan bagi setiap kumpulan umur.

Namun apakah sebabnya??

 Semua ini disebabkan satu kajian impak besar yang dilakukan Universiti Glasgow yang mendapati kajian bekas pemain bola sepak adalah tiga kali ganda berkemungkinan untuk meninggal dunia akibat penyakit otak; penyakit dementia

Walaupun tiada lagi sebarang bukti yang mengaitkan secara langsung tandukan boleh menyebabkan penyakit berkaitan kegagalan fungsi otak, garis panduan itu telahpun dikemas kini diterbitkan hasil rundingan Persatuan Bola Sepak England (FA) dengan badan pentadbir bola sepak Eropah (UEFA)

Ketua Pegawai Eksekutif FA England, Mark Bullingham kemaskini panduan itu akan membantu jurulatih dan guru mengurangkan latihan tandukan berulang dan tidak diperlukan dalam kerangka pembangunan bola sepak belia.

“Kajian kami menunjukkan aksi tandukan jarang dipamerkan dalam perlawanan bola sepak peringkat muda. Jadi garis panduan itu adalah satu perkembangan bertanggungjawab terhadap kanak-kanak di semua peringkat usia tanpa menjejaskan keseronokan bermain bola.” 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.