fbpx
Now Reading
Selepas Akaun IG Ali Puteh, Kini Akaun Isteri Pula Digodam

Selepas Akaun IG Ali Puteh, Kini Akaun Isteri Pula Digodam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pelawak Ali Puteh telah memaklumkan kepada umum yang akaun Instagramnya telah digodam sehingga memaksa dia membuat satu akaun baru.

Namun, tidak sampai beberapa hari, akaun milik isterinya, Melati Fitri Abdullah pula yang telah menjadi mangsa oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ali menerusi posting di Instagram memaklumkan perkara dengan menulis secara ringkas : “Masya Allah, IG Isteri Saya Turut Dicuri , MasyaAllah”

Ali menerusi posting berkenaan turut merasakan kehilangan IG milik isterinya yang mempunyai 38,400 pengikut itu adalah satu perbuatan khianat terhadap keluarganya.

“Dengki khianat orang pada kami, Alhamdulillah,” tulis Ali pada ruangan kapsyen.

Hasil pemerhatian kami, gaya penulisan yang digunakan si penggodam sewaktu memuat naik IG Story menunjukkan yang dia merupakan orang tempatan.

Antara story yang dimuat naik oleh individu berkenaan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.