fbpx
Now Reading
Firma US Dakwa Vaksin COVID-19 Sedia Diuji Kepada Manusia

Firma US Dakwa Vaksin COVID-19 Sedia Diuji Kepada Manusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9AQJohl51e/

Hanya dalam dua bulan sahaja angka korban akibat Covid-19 sudah mencecah lebih 2700 orang. Angkat korban ini meninggalkan jauh bilangan kes dan kematian akibat SARS (sindrom pernafasan akut teruk) pada tahun 2003

Namun dalam kebimbangan orang ramai mengenai penularan wabak ini, sebuah firma Biotek dari Amerika Syarikat, Moderna baru-baru ini dilaporkan telah menghantar vaksin percubaan koronavirus (COVID-19) kepada pengkaji dan saintis kerajaan AS untuk diuji kepada manusia

Angka korban akibat Covid-19 sudah mencecah lebih 2700 kematian

Menerusi laporan yang dikeluarkan CNN , Moderna telah menghantar vaksin percubaan berkenaan selepas enam minggu melakukan proses imunisasi.

Tambah CNN lagi, banyak pusat perubatan dan pasukan dari industri farmaseutikal di dunia sedang bertungkus lumus untuk menemumakan penawar wabak yang menakutkan ini.

Namun satu yang pasti, vaksin COVID-19 masih tidak tersedia untuk digunakan selama sekurang-kurangnya setahun atau 18 bulan.

Sebagai rekod, setakat artikel ini ditulis, laporan langsung dari youtube South China Morning Post (SCMP) menunjukkan yang setakat ini sudah hampir 80,967 orang di jangkiti wabak berkenaan di seluruh dunia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.