fbpx
Now Reading
Isu Ustazah Merangkak Selesai, Ibu Pelajar Mohon Maaf, Bertemu Sambil Berpelukan

Isu Ustazah Merangkak Selesai, Ibu Pelajar Mohon Maaf, Bertemu Sambil Berpelukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam tular mengenai kejadian seorang ustazah yang dipaksa merangkak oleh seorang ibu muridnya. Tidak cukup setakat itu sahaja, ibu pelajar berkenaan turut merakam video berkenaan menyebabkan netizen mengecam tindakan wanita berkenaan.

Baca artikel berkaitan : Ibu Biadap , Paksa Guru Merangkak

Kejadian itu kemudiannya dikenalpasti berlaku di sebuah sekolah agama di Bagan Datuk, Perak

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Bagan Datuk Kini, kes tersebut dipercayai telah pun diselesaikan selepas kedua mereka bersemuka dalam satu pertemuan dipercayai dilakukan disekolah yang sama.

“Kes video viral ‘ustazah merangkak’ yang berlaku di Madrasah Ad-Diniah Islamiah, Bagan Datuk kini berakhir dengan perjumpaan ibu murid dan ustazah sekolah tersebut.

“Permohonan maaf telah dibuat dan mohon video kejadian tersebut tidak diviralkan bagi kebaikan kedua belah pihak.

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran, pedoman serta tauladan kepada pihak ibu bapa murid dan sekolah. Harap maklum,” tulis pengendali akaun Facebook terbabit.

Menerusi gambar yang turut dimuat naik bersama posting berkenaan dapat dilihat wanita yang dipercayai ibu pelajar berkenaan sedang berpeluk bersama ustazah yang berada didalam rakaman tempoh hari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.