fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Kencing di Tilam, Ibu Benam Anak Dalam Baldi Sehingga Mati

Hanya Kerana Kencing di Tilam, Ibu Benam Anak Dalam Baldi Sehingga Mati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana anak terkencing di atas tilam, seorang ibu bertindak kejam membenam kepala anaknya di dalam baldi berisi air hingga mangsa meninggal dunia.

Wanita yang dikenali sebagai Lin Li, 28, didakwa dengan sengaja menyebabkan anak kandungnya Melody Zheng, 4, mati lemas didakwa sebagai hukuman kerana mengotorkan tilam, lapor portal Mail Online.

Dalam kejadian di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, Lin Li berkata tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan sebagai hukuman bagi mendisiplinkan anaknya setelah mangsa kencing atas tilam.

Suspek yang berang bertindak memegang kaki dan membenamkan kepala anaknya di dalam baldi hingga kanak-kanak itu tidak bergerak. Lin Li juga dilapor keluar dari bilik air tanpa memeriksa keadaan Melody selepas berbuat demikian.

Suami suspek yang terjaga tidak lama kemudian cuba memberikan bantuan pernafasan kepada Melody, namun tidak berjaya.Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital.

Dalam prosiding kes terhadapnya, Lin Li mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan cubaan bunuh dengan melemaskan anaknya.

Menurut Lin Li, dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai seorang ibu untuk mendisiplinkan anaknya.

“Tertuduh mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anaknya, namun dia menggunakan kaedah yang berbahaya atas niat untuk mendisiplinkan anaknya sehingga menyebabkan kematian,” kata peguam, Eric Gonzalez dalam satu kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.