
Kesemua 22 Kes Covid-19 Telah Pulih, 1 Mangsa Baru Di Catat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan pada Khamis telah mengumumkan berita baik di mana dua kes terakhir positif COVID-19 daripada sejumlah 22 kes sebelum ini, telah pulih sepenuhnya.
Dua kes berkenaan iaitu kes ke-16 dan kes ke-22 yang melibatkan dua pelancong luar dari China dan Amerika Syarikat.
“Kes ke-16 merupakan seorang wanita warganegara China berumur 67 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
“Manakala kes ke-22 ialah seorang warganegara Amerika Syarikat yang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh dan ia sekali gus menjadikan jumlah yang kembali pulih sepenuhnya kepada 22 orang,” kata kenyataan tersebut.
Namun dalam masa sama, KKM turut melaporkan satu lagi penambahan kes positif Covid-19 yang melibatkan rakyat negara kita yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun baru-baru ini.
#COVIDー19 Kes ke-23 melibatkan warga tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun, baru-baru.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 27, 2020
Dia satu-satunya pesakit yang dirawat di hospital ketika ini.
22 pesakit telah sembuh dan discaj termasuk kes ke-16 dan 22 yg discaj hari ini. pic.twitter.com/UUFucsXCSF
“Kes baharu telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.”“Individu merupakan seorang wanita berusia 53 tahun warganegara Malaysia dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.
Mangsa ke 23 dilaporkan telah pulang dari Jepun pada 23 Februari 2020 dan mula mempunyai gejala demam pada keesokan harinya dan kini mendapat rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Memetik Awani, setakat hari ini 1,569 individu telah diambil sampel bagi pengesanan COVID-19 dengan 23 kes positif (22 sembuh sepenuhnya) , 23 masih menunggu keputusan makmak manakala bakinya adalah negatif