fbpx
Now Reading
Penggodam Instagram Ali Puteh Minta RM30,000 Untuk Pulang Semula Akaun

Penggodam Instagram Ali Puteh Minta RM30,000 Untuk Pulang Semula Akaun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman 2020 ini, apa sahaja boleh dilakukan untuk mendapat wang ringgit. Kadang kala, tidak kira dengan cara baik ataupun jahat.

Akaun Instagram milik pelawak Ali Puteh yang telah digodam merupakan satu ujian buatnya selepas kehilangan anak dan abangnya, Abam Bocey.

Dia yang kehilangan lebih 400,000 pengikut mendedahkan individu yang menggodam akaunnya meminta sebanyak RM30,000 jika mahu akaun itu dikembalikan,

Bagaimanapun, Ali berkata dia tidak akan mengikut permintaan itu dan akan membiarkan sahaja Instagram tersebut serta mendoakan agar pencuri itu sempat bertaubat sebelum menemui ajal.

“Alhamdulillah ini akaun Instagram saya yang dicuri itu. Mahukan duit rupanya. Semoga Allah terima taubat kamu. Allahuakbar,” tulisnya.

Ali memberitahu bukan sahaja akaun Instagramnya sahaja dicuri malah akaun IG isterinya juga turut menjadi mangsa oleh individu yang sama. Dalam pada itu, Ali berkata dia reda jika tidak mendapat semula akaun Instagram berkenaan.

“Selepas saya balas mesej itu, individu terSEBUTt hanya gelak sahaja. Tak apa saya tak kisah pun dia nak ambil Instagram itu dan saya reda jika tidak dapat semula akaun IG itu.

“Tapi saya rasa dia orang yang sama juga godam IG isteri saya. Sebab pada masa yang sama, dia mesej lagi kepada saya tapi menggunakan akaun IG isteri saya itu,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.