fbpx
Now Reading
“Saya Tak Boleh Jumpa Anak Saya Lagi”- Ammar Alfian Kecewa Isteri Percaya Video Songsang Kaitkannya

“Saya Tak Boleh Jumpa Anak Saya Lagi”- Ammar Alfian Kecewa Isteri Percaya Video Songsang Kaitkannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9CDBHDBhG-/

Dalam kesibukan negara menghadapi konflik politik, dunia hiburan semalam dikejutkan dengan satu klip video songsang yang dikatakan membabitkan seorang pelakon lelaki yang tidak dinamakan namanya.

Namun kemudiannya portal mStar melaporkan klip video berkenaan adalah kejadian di Mexico dan difahamkan aktor yang menjadi mangsa fitnah dan dikaitkan dengan klip berkenaan adalah Ammar Alfian ekoran dari status yang dimuat naik di Instagramnya menafikan kewujudan sebuah berita palsu

Namun beberapa jam kemudiannya Amar menerusi IG Story meluahkan rasa kecewa apabila isterinya turut percaya dengan penyebaran berita video intim palsu yang mengaitkan dirinya

Ekoran dari itu Amar atau nama penuhnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri tidak lagi dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya.

“Saya tidak kisah kalau seluruh dunia menentang dan tidak percayakan saya.

“Namun, apabila isteri sendiri percaya dengan berita palsu itu hingga saya tidak boleh berjumpa dengan anak lelaki saya lagi, ia benar-benar membuatkan saya kecewa,” tulisnya.

Ammar yang mendirikan rumah tangga dengan Nelissa Nezam pada 2016 sebelum ini, pernah menjadi perhatian orang ramai apabila apabila Nelissa mendedahkan pelakon itu pernah berlaku curang ketika dia sedang hamil mengadungan anak mereka, Kyro Shakur yang kini berusia 7 bulan
 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.