fbpx
Now Reading
Istana Negara : Tiada Ahli Parlimen Dapat Sokongan Majoriti

Istana Negara : Tiada Ahli Parlimen Dapat Sokongan Majoriti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setakat ini belum memperoleh keyakinan terhadap seorang pun Ahli Parlimen untuk dilantik menjadi Perdana Menteri Kelapan.

Memetik Harian Metro Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, YDPA berkenan dengan keputusan diambil Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin ini.

“Berdasarkan proses temu bual ini, Baginda belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

“Baginda akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara yang kita cintai bersama.

“Istana Negara akan berhubung dengan ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka yang mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri,” katanya .

Tambah Dato Ahmad Fadil lagi YDPA turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih baginda terhadap Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua mereka yang terlibat dalam proses temubual yang telah berlangsung selama dua hari bermula Selasa lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.