fbpx
Now Reading
Muhyiddin Dilantik PM Ke-8

Muhyiddin Dilantik PM Ke-8

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam satu kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok di sekitar 10.30 pagi esok di Istana Negara.

“Istana Negara hari ini sudah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.