Now Reading
Dakapan Tun Hasmah Buat Suami Tercinta

Dakapan Tun Hasmah Buat Suami Tercinta

https://www.instagram.com/p/B9LSti0hstH/

Tindakan secara spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk erat suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad usai sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, pada ahad pagi, telah menyentuh perasaan orang ramai.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Tun M itu, bekas perdana menteri ke-7 itu dilihat sedikit tergamam dan cuba mengelak daripada dipeluk isterinya dihadapan khalayak ramai.

Tun yang kelihatan malu-malu bagaimanapun kemudian dilihat memeluk kembali isterinya selepas orang ramai disekeliling meminta tokoh negara itu untuk membalas kembali pelukan isteri tercintanya.

Tun Dr Siti Hasmah difahamkan berbuat demikian untuk menenangkan suaminya selepas krisis politik yang melanda negara sepanjang minggu ini.

See Also

Ikuti video tersebut di bawah :

Terima kasih buat Tun Dr Mahathir di atas segala pengorbanan dan usaha keras Tun dalam memajukan Malaysia dari awal penglibatan didalam politik sehingga ke hari ini.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.