
“Besarnya Amanah..”- Mamat Sepah Akhiri Zaman Solo, Kahwini Wanita Pilihan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dengan sekali lafaz, Pelawak dan selebriti Mamat Sepah kini sah menjadi suami kepada Diana Ibrahim, seorang pegawai polis dari IPD Shah Alam
Pasangan ini bernikah pada malam Ahad di Kulai ,Johor dipercayai kediaman selebriti berkenaan pada jam 8.00 malam
Mamat atau nama betulnya Mohd Noor Murat turut memuatnaik foto dengan kapsyen bertulis : “Besar amanah nya”

Isteri mamat, Diana atau lebih mesra dengan panggilan Nana turut memuat naik foto sewaktu akad berlangsung di Instagram miliknya
Bersama foto itu Nana turut menulis nota pendek yang bagai tidak mempercayai yang dia dan mamat sudah disatukans sebagai suami isteri
“Bismillah..01 March 2020..tarikh yang tak akan ku lupe sampai hujung nyawa
“Seperti mimpi bila aku akan memanggilmu sebagai suami. Terima kasih atas akadmu untukku suami ku
“Semoga ikatan suci kita kekal sampai syurga~~Amin” tulis Nana lagi.
Menerusi ruangan komen rakan selebriti dan pengikut turut mengambil kesempatan mengucakapkan tahniah di atas pernikahan mereka .
Kami di kesempatan ini turut mengucapkan Selamat pengantin baru dan selamat menempuhi alam perkahwinan buat Mamat dan Diana!
Kredit Gambar : LoavFilm