fbpx
Now Reading
Pengerusi UDA Holdings, Datuk Hamdan Positif Covid-19, Bekas Menteri, Timbalan Menteri Kontak Rapat

Pengerusi UDA Holdings, Datuk Hamdan Positif Covid-19, Bekas Menteri, Timbalan Menteri Kontak Rapat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan telah dikenal pasti positif Covid-19.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan Khazanah Nasional Bhd difahamakan pernah mempunyai sejarah berada di China pada bulan Januari lalu.

Memetik Malaysia Gazettte, dalam notis dalaman yang dikeluarkan oleh UDA, syarikat itu menasihati mana-mana individu yang berhubungan langsung dengan Hisham supaya segera menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan, terutama yang mengalami simptom demam panas, sakit tekak dan lain-lain.

Khazanah menerusi satu kenyataan media semalam turut mengesahkan seorang pekerjanya turut positif Covid 19, namun tidak diketahui adakah individu yang dimaksudkan adalah Datuk Hisham.

Namun menerusi kenyataan tersebut Khazanah memaklumkan pekerja itu ketika ini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Justeru, Khazanah sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabatnya untuk mengambil langkah sewajarnya demi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan terjamin.

Memetik Sinari Harian, antara kontrak rapat Datuk Hisham Hamdan adalah seorang bekas menteri dan timbalannya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menerusi status di akaun Twitter, sebentar tadi.

Difahamkan, mereka bertiga bertemu pada Jumaat lalu dalam satu acara kementerian di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Memandangkan pesakit berhubung dengan bekas menteri dan timbalan menteri tiga hari lalu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat kes baharu jangkitan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit baru itu diperolehi sehingga jam 12 tengah hari Sabtu menjadikan 29 kes dilaporkan setakat ini.

Menerusi Twitter Kementerian Kesihatan memaklumkan 7 pesakit yang dirawat kini berada dua buah hospital kerajaan di ibu negara dengan empat kes di Hospital Sg Buloh manakala tiga lagi kes di Hospital Kuala Lumpur

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.