
“Siapa Wanita Yang Tandatangan Surat Cara Pelantikan PM ke-8..” – Ini Jawapannya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat mereka yang menyaksikan siaran langsung Istiadat Pengurniaan Surat Cara Lantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan YAB Perdana Menteri ke-8 semalam, pasti anda akan ternampak kelibat seorang wanita yang menjadi tumpuan kamera sewaktu beliau menandatangi surat cara pelantikan tersebut
Sebenarnya wanita berkenaan bukan calang-calang orang, beliau adalah seorang yang begitu berpengaruh dan memegang salah satu jawatan yang terpenting di dalam negara.
Beliau adalah Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

Menerusi Twitter, portal The Patriots berkongsi maklumat mengenai Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang juga merupakan wanita pertama yang dilantik menjadi ketua hakim negara di Malaysia.
Untuk yang tertanya2 siapakah wanita ini yang tandatangan suratcara pelantikan #PM8 pagi tadi.
— The Patriots (@thepatriotsasia) March 1, 2020
Inilah dia Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara pic.twitter.com/pu6CZPpUfX
Beliau yang berumur 61 tahun telah dilantik menjadi Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

Memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) pada 1982 , YAA kemudiannya bertugas sebagai penolong penggubal undang-undang, di Jabatan Peguam Negara pada 1984.
Selain dari itu YAA turut memegang beberapa lagi jawatan penting dalam perundangan seperti Majistret,Peguam Persekutuan, Penolong Kanan Pendaftar di beberapa Mahkamat Tinggi, Timbalan Pendaftar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hakim di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan sebelum akhirnya di lantik menjadi Ketua Hakim Negara.
Bukan calang-calang orang bukan?
Jadi pertanyaan netizen dan orang ramai mengenai siapa wanita yang menandatangi surat cara pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai PM ke-8 sewaktu istiadat pelantikan sudah terjawab . Begitu penting sekali peranannya dalam negara.
Setakat artikel ini ditulis , tweet tersebut telah menerima hampir 12,100 retweets dan 18,100 tanda suka dari pengguna Twitter