fbpx
Now Reading
“Orang Yang Paling Saya Rindu Di Kementerian Namanya Hazril” – Coretan Anthony Loke Buat Bekas Pemandunya

“Orang Yang Paling Saya Rindu Di Kementerian Namanya Hazril” – Coretan Anthony Loke Buat Bekas Pemandunya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/129323924541/posts/10157192077604542/?d=n

Agak jarang di dengari cerita mengenai pemimpin, atau ketua bagi sesebuah organisasi , yang tampil memberi penghargaan khas kepada mana-mana individu yang bekerja atau yang pernah bekerja di bawah mereka.

Sebaliknya mereka memilih untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih mereka secara umum iaitu kepada kumpulan atau organisasi yang terlibat .

Namun ini tidak bagi Anthony Loke, bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Dia memilih untuk memberikan semua kredit atau pujian yang diterimanya kerana sentiasa tiba lebih awal di semua majlis yang dihadirinya kepada bekas pemandunya di Kementerian Pengangkutan, Hazril Mohd Tanaim.

Loke menerusi satu posting di Facebook memuji sifat Hazril yang pendiam, menepati masa dan amat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

Anthony bersama Hazril dan seorang lagi kakitangannya

Orang yang saya paling rindu di Kementerian Pengangkutan…

Namanya Hazril. Beliau ialah pemandu saya sejak hari pertama saya menjejak kaki di MOT. Orangnya pendiam tetapi amat berdedikasi dalam kerjanya. Dalam 21 bulan yang lalu, saya bersama dengan dia hampir setiap hari, Isnin sampai Ahad. Kadang-kala program saya sampai lewat malam tetapi keesokan harinya dia tetap sampai di rumah saya pada awal pagi. Tak pernah complain, tak pernah kata letih. Dia selalu kata , “YB cakap saja nak keluar pukul berapa”.

Loke turut memuji perancangan masa kerja yang dibuat Hazril sangat baik, sehingga beliau tidak pernah lewat ke mesyuarat ataupun majlis.

Saya selalu mendapat pujian daripada penganjur majlis dan wartawan bahawa saya selalu sampai ke majlis lebih awal daripada jadual. Sebenarnya, kredit itu pergi kepada Hazril. Setiap hari, beliau akan check jadual saya untuk esok dan merancang perjalanan. Time managementnya sangat baik. Saya jarang lewat ke mesyuarat atau majlis.

Kakitangan Kementerian Pengangkutan yang bergambar bersama Loke

Loke dalam coretan panjang lebar itu turut menganggap Hazril adalah sebahagian daripada pasukannya di kementerian pengangkutan, dan bukan sekadar pemandu.

“Saya tak pernah biarkan kerusi depan kosong. Kalau pengawal peribadi saya cuti, saya akan duduk depan.

“Kali pertama saya buat begitu, dia terperanjat. Katanya tak pernah lihat menteri duduk depan. Lantas saya kata saya tak kisah sangat dengan protokol,” tulisnya lagi.

Satu yang pasti pada Anthony Loke, orang yang paling beliau rindui di Pejabat Menterinya adalah pemandunya itu Hazril Mohd Tanaim

“Saya amat berterima kasih kepada Hazril. Semoga beliau dan isterinya yang juga kakitangan Kementerian Pengangkutan akan terus berkhidmat secara bersungguh-sungguh. Saya juga harap anak comelnya sentiasa sihat.

“Hazril, terima kasih dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. Terima kasih. Ikhlas dari saya, Loke,” katanya.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.