fbpx
Now Reading
“Terima Kasih KBS” – Syed Saddiq

“Terima Kasih KBS” – Syed Saddiq

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada majlis perpisahannya semalam.

Menerusi Twitter, Ahli Parlimen Muar itu turut berkongsi beberapa keping foto sewaktu hari hari terakhir dia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mengemudi KBS sebagai Menteri dan Timbalan Menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan

Menerusi laman sosial Twitter, Syed Saddiq berkongsi empat keping foto hari terakhirnya mengemudi KBS sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ahli Parlimen Muar itu turut memberikan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada majlis perpisahannya semalam.

Menerusi laman sosial Twitter, Syed Saddiq berkongsi empat keping foto hari terakhirnya mengemudi KBS sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

“Terima kasih KBS. Menjadi satu penghormatan dapat berkhidmat untuk anda semua.

Tidak dapat dinafikan sepanjang 22 bulan berkhidmat, mereka berdua terutama Syed Saddiq dilihat banyak menabur bakti dari sudut pengurusan kebajikan atlet negara.

Selain itu beliau juga berjaya mendapatkan sumbangan berjumlah RM5 juta bagi persiapan atlet ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jumlah terbesar yang pernah diterima KBS.

Syed Saddiq, 27, sebelum ini melakar rekod dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi menteri termuda selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.