fbpx

Didakwa Hina Penduduk Setinggan dan PPRT, Syifa Melvin Dikecam Hebat Oleh Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya nama pelakon Syifa Melvin meniti di bibir peminat dunia hiburan sepanjang minggu ini.

Belum pun reda dengan kes dirinya dikritik pemilik pasukan bolasepak JDT, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim kerana dipercayai menjadi punca merudumnya prestasi Safawi Rasidn, Syifa terus terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT.

Baca artikel berkaitan : TMJ mengamuk di IG, Syifa Melvin nafi paksa Safawi Rashid kahwid

Menerusi Twitter, video diambil dipercayai dari IG Syifa memperlihatan dia sedang menggayakan turban ekslusif sambil dibantu oleh seorang rakannya. Dia kemudiannya dilihat berkata, siapa sahaja yang memakai turban itu secara automatik akan nampak mewah walaupun mereka hanya duduk di rumah setinggan dan  PPRT.

Menghina orang miskin?

Tindakannya walaupun nampak tidak disengajakan menyebabkan kebanyakan netizen berang dan menyifatkan dia seolah merendahkan golongan yang tidak berkemampuan.

Boleh dikatakan apa yang keluar dari mulutnya adalah adalah isu yang agak sensitif. Jadi kami nasihatakan jika ingin melawak sekalipun fikirkanlah kerana dikhuatiri ianya boleh menggguris hati orang ramai.Kalau hendak melawak pun, fikirlah dahulu kerana ia boleh mengguris hati ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.