fbpx
Now Reading
Latheefa Koya Sah Letak Jawatan Ketua SPRM

Latheefa Koya Sah Letak Jawatan Ketua SPRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari mengesahkan yang beliau sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ketua SPRM

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Latheefa berkata, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Tambahnya lagi, keputusan meletak jawatan ketika hampir genap dua tahun dilantik, dibuat atas kehendaknya sendiri dan turut menyangkal spekulasi bahawa beliau menerima tekanan untuk berbuat demikian selepas pentadbiran di Putrajaya bertukar minggu lalu.

Katanya, keputusan meletak jawatan – sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – adalah keputusannya sendiri.

Terdahulu Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu untuk tempoh dua tahun menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Sjak pelantikan itu, beliau membuka semula beberapa kes lama termasuk membabitkan orang kenamaan dan kepentingan awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.