fbpx
Now Reading
“Babak Pertama Episod Baharu, Doakan Saya, Bantulah Saya” – Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli

“Babak Pertama Episod Baharu, Doakan Saya, Bantulah Saya” – Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9gtOI3FPUk/

Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan senarai jemaah menteri baharu Kerajaan Pakatan Nasional, dalam satu majlis di yang disiarkan secara langsung dari Pejabat Perdana Menteri(PMO) Putrajaya.

Selain dari beberapa muka baru, terdapat juga beberapa muka lama yang kembali mengganggotai kabinet antaranya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ), Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed dan ramai lagi.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah perlantikan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama)

Bukan sahaja masyarakat malahan golongan selebriti dan pendakwah bebas turut terkejut dan meluahkan rasa syukur di atas pelantikan beliau memandangkan beliau merupakan mufti pertama yang pernah dilantik memegang jawatan berkenaan.

Menerusi Instagram, Zulkifli yang akan mengangkat sumpah sebagai senator terlebih dahulu esok hari dilihat santai di atas perlantikannya. Beliau bagaimanapun meminta jasa baik semua orang untuk mendoakan agar dirinya dikurniakan Allah kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab itu


“Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣

Beliau menerusi posting tersebut turut berkongsi sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam yang menceritakan mengenai pesanan dan nasihat Rasulullah .

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣

1) Sebarkanlah salam⁣
2) Berikan makan⁣
3) Sambunglah silaturrahim⁣
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣

Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣”

Mufti WP itu dihujung postingnya turut meminata orang ramai agar mendoakan dan membantu beliau dari segi pandangan dalam menjalankan amanah yang diberi.

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣

“Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal” tulis beliau menutup penulisannya

Satu yang pasti, tiada sekali pun Sahibus Samahah ini mengucapkan terima kasih atas perlantikannya, kerana beliau sendiri tahu perlantikan adalah tanggungjawab dan amanah besar yang diperlu dipikul.

Selamat maju jaya mufti kesayangan kami!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.