fbpx
Now Reading
“Abah Is Back” – Dari Kementerian Belia Dan Sukan Kini Menteri Sains Teknologi & Inovasi

“Abah Is Back” – Dari Kementerian Belia Dan Sukan Kini Menteri Sains Teknologi & Inovasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perlantikan YB Khairy Jamaluddin (KJ) kembali kedalam kabinet menteri membuatkan namanya kembali menjadi sebutan di kalangan netizen.

Dia yang sebelum ini pernah menerajui Kementeria Belia dan Sukan sebelum di ambil alih oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun kini akan memulakan portfolio baru sebagai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Rata-rata netizen menyambut baik pemilihannya kembali ke dalam kabinet malah KJ, bapa kepada tiga cahayamata ini boleh dikategorikan sebagai menteri favourite buat masa ini sehingga menyebabkan namanya menjadi topik trending di twitter Malaysia pada malam Isnin dengan jumlah kicauan sebanyak 15,000 kali

Mengimbas penglibatannya dalam arena politik, KJ yang terkenal dengan aura dan karisma tersendiri, mula mengendalikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2013 hingga 2018

Dia yang merupakan menantu dan bekas timbalan setiausaha sulit (2003) kepada Perdana Menteri ke-5 , Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi mula membina kerjaya politik sebagai Ahli Parlimen Rembau apabila pertama kali memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) 2008

KJ juga merupakan orang penting yang memperkenalkan program Fit Malaysia pada 2014 dan ianya terus disambung oleh YB Syed Saddiq pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH)

Cukup terkenal dengan bicara lantangnya di media sosial. Dia juga antara pemimpin yang aktif di IG dan Twitter malahan mempunyai jutaan pengikut dan pernah dianugerah Wired Celebrity Award by Shout! Awards pada tahun 2013

Selain dari itu dia juga seorang yang aktif dalam pasukan Wataniah. Dia merupakan seorang Kolonel Sukarela Askar Wataniah dan sebelum ini telah dianugerah Komander Rejimen 508 AW Askar Wataniah pada tahun 2014.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.