fbpx
Now Reading
Saintis UK Tawar RM 19,000 Untuk Mereka Yang Rela Dijangkiti Koronavirus

Saintis UK Tawar RM 19,000 Untuk Mereka Yang Rela Dijangkiti Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan COVID-19 dilihat semakin membimbangkan. Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian yang melibatkan Coronavirus itu kini telah melebihi 3840 di seluruh dunia. 

Ini menyebabkan masyarakat dunia terutama di negara yang terjejas teruk begitu takut untuk keluar dan bergaul dengan masyarakat kerana khuatir diri mereka akan dijangkiti.

Namun sekiranya anda diberi bayaran yang lumayan , sanggupkah anda memperjudikan nyawa dengan dijangkiti wabak berkenaan?

Rata-rata pasti tak sanggup bukan? Terkena selsema biasa pun rasa tak larat apatah lagi wabak yang boleh membawa maut bukan?

Namun sekumpulan penyelidik di London ketika ini sedang mencari seramai 24 orang sukarelawan yang sanggup dijangkiti Covid-19 dan dengan ganjaran bernilai 3,500 Euro (RM19,231) dalam usaha mereka menghasilkan vaksin koronavirus.

Kesemua mereka yang sanggup menyerah diri itu akan dikuarantin di Queen Mary BioEnterprises Innovation Centre di Whitechapel, London untuk menjalani satu sesi ujian yang akan diadakan selama dua minggu.

Queen Mary BioEnterprises Innovation Centre yang terletak di Whitechapel, London

Setiap mereka akan disuntik dengan dua jenis virus secara serentak iaitu, OC43 dan 229E,virus yang mirip Covid-19 yang akan yang mengganggu sistem pernafasan manusia.

Mereka kemudiannya akan diberikan ubat antiviral dan di tahan disana selama dua minggu.

Sepanjang di sana, mereka ada diberikan segala keperluan dan kemudahan asas. Selain itu mereka juga akan dilengkapkan dengan televisyen, permainan video dan pelbagai lagi keperluan .

Namun difahamkan ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan antaranya bersenam dan bersentuhan dengan individu lain. Selain itu pemakanan mereka juga akan dikawal selia.

Eksperimen ini bagaimanapun masih dalam proses perancangan memandangkan syarikat itu memerlukan persetujuan dari Agensi Penguatkuasaan Produk Ubat dan Kesihatan United Kingdom terlebih dahulu sebelum menjalankannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.