fbpx
Now Reading
Tukar Lane Sesuka Hati Hingga Sebabkan Kemalangan, Polis Cari BMW Hitam

Tukar Lane Sesuka Hati Hingga Sebabkan Kemalangan, Polis Cari BMW Hitam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/516880728968321/

Sadis! Itu sahaja yang sesuai diungkapkan buat pemandu sebuah kenderaan mewah jenis BMW hitam yang bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan di ibu kota.

Tindakan pemandu kereta berkenaan yang yang menukar laluan secara mengejut menyebabkan seorang penghantar makanan cedera parah gara-gara gagal mengawal motorsikalnya lalu merempuh kereta terbabit dari belakang

Kejadian berkenaan yang berjaya dirakam melalui kamera dashcam dilaporkan berlaku di Lebuhraya Persekutuan dari arah Subang menghala ke Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, penunggang motosilal Yamaha Y15ZR itu dilaporkan patah bahu kiri selain kecederaan di beberapa bahagian lain antaranya di kepala, badan dan buku lali kanan.

“Siasatan awal mendapati semasa mangsa menunggang motosikal di lorong kedua, sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam telah mengubah haluan secara mengejut dari lorong paling kanan ke paling kiri untuk memasuki susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

“Mangsa yang gagal mengelak kemudian telah melanggar kereta terbabit dari arah belakang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya lagi, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820

Mangsa yang parah kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.