Now Reading
Menteri Kesihatan UK Disahkan Positif Koronavirus

Menteri Kesihatan UK Disahkan Positif Koronavirus

Menteri Kesihatan United Kingdom (UK), Nadine Dorries telah disahkan positif COVID-19.

Ahli Parlimen bagi kawasan Mid Bedfordshire itu dihamkan telah jatuh sakit Jumaat lalu sebelum disahkan positif koronavirus malam tadi.

Memetik The Telegraph beliau kini menjalani perintah kuarantin dan berada dalam proses pemulihan.

Ahli parlimen berumur 62 tahun itu dalam satu kenyataan kepada BBC mengesahkan berita berkenaan.

“Sebaik sahaja disahkan positif, saya telah melaksanakan semua langkah pencegahan yang perlu dan berada dalam kuarantin di rumah.

“Bahagian Kesihatan Awam England sudah memulakan usaha mengesan kontak dan jabatan serta pejabat parlimen saya mematuhi semua arahan atau nasihat diberikan,” katanya.

See Also

Kes Covid 19 di United Kingdom mencatatkan peningkatan kepada 382, dengan angka korban sebanyak 6 orang.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.